Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini
terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber
tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai
kesukaran bernafas. (Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)
5:00 am – 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.
Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu
ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. (beruntung yg amal bangun subuh)
7:00 am – 9:00 am Perut - Sarapan patut diambil dalam
tempoh masa ini.
9:00 am –
11:00 am Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan
keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap
diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk. (sesuai amal dhuha)
Waktu Tengahari 11:00 am – 1:00 pm Jantung – Hanya air
sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan
oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau
kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu
ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung
berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu
duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi ‘tidur ayam’ seketika)
3:00 pm – 5:00 pm Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil
minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk
bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan
jangkitan salur kencing.
Waktu
Malam 7:00 pm – 9:00 pm Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu
ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm –
11:00 pm Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja
sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm
– 1:00 am Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu
Lewat Malam 1:00 am – 3:00 am Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi
kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan
huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.
No comments:
Post a Comment