27 April 2015

Ucaplah sayang...

Saat mendengar lagu UNIC-lafaz yang tersimpan, otakku ligat berfikir. Aku ini insan yang jarang luahkan sayang pada emak dan ayah. Sayang yang tak terucap tidak bermakna aku tidak sayang mereka. Menulis menjadi pemudah cara buatku untuk meluahkan rasa sayang.

Di kejauhan ini rindu selalu menapak di hati.
Semoga Allah berkati umur mereka dalam ketaatan. Ampunkan dosa-dosa mereka yang lalu dan akan datang. Amin.

** 
pagi hingga petang di sekolah..
menjaga makmal kimia..
uruskan eksperimen kimia..
untuk pelajar-pelajar..
balik kerja, pergi bendang..
tengok pokok padi..
jaga air dalam bendang..

raut wajah semakin menampakkan kedutan..
kadang-kadang sakit badan..
tanda diri semakin berumur..
tanda diri kuat bekerja..
mencari wang untuk keluarga..
makan gaji saja tak mencukupi..
perlu dicari kerja sampingan..
untuk membesarkan anak-anak..

betapa besarnya pengorbanan ayah..
moga ayah sihat selalu..
berada dalam rahmat Allah..
terima kasih untuk segala-galanya.

-bak kata-kata dj kedahfm_belajar setinggi mana pun, kalau tak hormat mak ayah...tiada guna! deep.. T____T

sayang mak ayah saya..

Nikmat itu juga ujian

  
Kerana terlalu memandang ke atas hingga terlupa menjenguk sebentar ke bawah. Ada ramai lagi insan yang tidak mendapat nikmat seperti yang kita ada sekarang. Bersyukurlah!

Berat beban yang mereka tanggung tidak diceritakan. Kita yang dikurangkan sedikit nikmat ini sudah mula merungut-rungut. Barangkali keadaan sebelum ini amat menyenangkan. Apa perasaan mereka yang mendengar keluhan kita?

Nilai yang sedikit atau banyak itu ialah ujian. Jika sebelum ini kita banyak memberi, bagaimana pula dengan kali ini? Apa yang kita dapat itu ada juga hak orang lain.

*Terima kasih kepada insan yang telah menyedarkan diri yang leka dan lalai ini. Ya, perlu lebih bersyukur selepas ini. Usah merungut dan belajar menerima hakikat. Ingat, setiap sen yang digunakan akan dipersoalkan kelak!


Bila terasa rindu...


Along : Degil betul alang tu. Sekarang sudah pandai hisap rokok. Apa yang ibu dan ayah cakap semua dia tak nak dengar. Keras hati betul! Geramnya along.

Angah : Along, alang bukan macam tulah. Dia belum jumpa jalan lagi. Cuba bagi dia masa untuk kenal diri dan potensi diri.

Along : Berapa lama masa yang dia perlukan? Alang tu sudah 15 tahun kan. Dari kecil sampai besar asyik melawan saja kerjanya. Along kesian tengok ibu dan ayah makin berusia. Sepatutnya mereka perlu banyak berehat. Yang alang tak sudah-sudah timbulkan masalah. Orang tegur dia seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu hal pun dia tak kisah. Macam pahat dengan penukul.

Angah : Along, biasalah tu. Nanti dia akan faham juga hakikat hidup ini. Untuk merubah corak hidup seseorang itu sangat susah. Kita perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Nabi SAW pun tabah dan cekal dalam perjuangan dakwah baginda. Kenapa kita tak meneladani sikap baginda? Along baru beberapa kali saja kan nasihatkan alang. Janganlah along berputus asa dan cepat melatah. Angah faham dengan perasaan along yang inginkan yang terbaik untuk adik-adik. Satu saja yang angah minta daripada along, doakan semoga hati alang akan lembut juga suatu hari nanti. Insha-Allah!

Along : Angah... Terima kasih sebab sedarkan along. Insha-Allah along akan doakan. Bittaufiq wannajah, angah! Semoga dipermudahkan semuanya. Tak lama lagi nak habis sudah matrik.

Angah : Ya. Tinggal berapa minggu saja lagi. Along belajar rajin-rajin dekat sana. Jaga hati elok-elok.

Along : Amboi, angah ni! Kenapa tiba-tiba suruh along jaga hati?

Angah : Yalah. Selalu sangat hashtag ohHati dekat fb.

Along : Ambil berat juga angah ni ya.

END~ 

18 April 2015

Jadual sistem badan kita


Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. (Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)

5:00 am – 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. (beruntung yg amal bangun subuh)

7:00 am – 9:00 am Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk. (sesuai amal dhuha)

Waktu Tengahari 11:00 am – 1:00 pm Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang 1:00 pm – 3:00 pm Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. (sunnah Nabi ‘tidur ayam’ seketika)

3:00 pm – 5:00 pm Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam 7:00 pm – 9:00 pm Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam 1:00 am – 3:00 am Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu. 

Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.




Malas?



Kenapa awak rasa malas?
Hilang semangat?
Cuba awak lihat insan itu.

Dia tidak berjalan menggunakan kaki.
Hanya tangan beralaskan selipar sebagai ganti.
Meminta sedekah.
Terus menapak di lorong pasar yang sesak.
Ada yang simpati.
Yang memandang sinis pun ada.

Awak ada anggota badan yang sempurna.
Cukup sifatnya.
Awak patut bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. 
Manfaatkan dengan sebaiknya.
Ingatlah segalanya akan dipertanggungjawabkan kelak.

Kalau dia yang serba kekurangan itu bersemangat, kenapa awak tak boleh?
Sedarlah wahai diri!


04 April 2015

Orientasi Hati 2

DETIK yang ditunggu tiba juga. Hanis Saheera berada di Terminal 3, Cairo International Airport. Dia keseorangan. Tanpa teman. Selesai sahaja menghantar Hanis Saheera, Fatimah Azzahra terus pulang ke rumah kerana ada hal penting. Hanis Saheera tahu, dia perlu berani walaupun seorang diri di lapangan terbang ini. Mata meliar mencari insan-insan yang sebangsa dengannya. Hampa! Tiada seorang pun orang Malaysia. Sekarang pukul 9.30 malam. Flightnya  pukul 11.40 malam. Suasana di lapangan terbang tidak terlalu bising. Majoriti orang arab sahaja di sini. Maklumlah negara mereka. Mata Hanis Saheera terpaku di skrin yang memaparkan jadual penerbangan.
            
    “Dah boleh check in ni,” desis hatinya. Secara perlahan dia menyorong troli. Hanis Saheera beratur panjang untuk menunggu giliran scan luggage. Tiba gilirannya. Passport diberi kepada pegawai yang beruniform putih itu. 
            
  “Malizi?” soal pegawai tersebut sambil memeriksa passport Hanis Saheera. Cuba untuk beramah mesra.
           
    “Aiwah ya ammu,” balasnya.

Segaris senyuman dihadiahkan kepada pegawai itu. Selamat. Tiada sebarang masalah. Hanis Saheera cuba mengangkat bagasinya tetapi dibantu oleh seorang lelaki arab. Boleh dikatogerikan sebagai datuklah. Sebab lelaki arab itu sudah beruban dan kelihatan tua. Lelaki tua itu siap tolong ambilkan troli dan angkatkan bagasi serta letakkan di atas troli. Baiknya. Telahan yang dapat dibuat setelah melihat tindak-tanduknya. Lelaki arab itu menghulurkan tangannya meminta wang. Pelik. Tanpa berfikir panjang Hanis Saheera pun menghulurkan sepuluh genih kepadanya. Dia pun terpinga-pinga. Tidak tahu berapa genih yang perlu diberi. Tidak pernah ada pengalaman lagi sebelum ini.

Owh.. Duit tu sebagai tips rupanya. Patutlah ammu tu tolong aku tadi. Hmm.. Tak apalah. Anggap sebagai sedekah saja. Kesian melihat insan  sebegitu berusaha untuk mencari duit.”

Beratur di kaunter untuk check in pula. Hanis Saheera mengeluh. Memang lambat untuk tunggu giliran. Mungkin mengambil masa tiga puluh minit hingga sejam. Lebih kuranglah. Lenguh kaki. Hal itu memang tidak dapat dinafikan.

“Sabar, Hanis. Ni semua dugaan untuk kau. Biar lebih tabah dan tidak mudah putus asa. Nak balik Malaysia kan.” Hanis Saheera sibuk memujuk diri sendiri. Kata-kata semangat ditiupkan agar dirinya lebih bersemangat.

Penat menunggu. Selesai juga urusan check in.

Yeah! Sebelah tingkap. Ini yang best ni.” Girangnya hati. Duduk sebelah tingkap dapat tengok awan. Apabila kapal terbang nak landing pula, dapat lihat pemandangan yang indah. Alam semula jadi yang mampu memukau mata. Semua ini dapat dirasai jika seseorang itu, pecinta alam sekitar yang bijak menghayati dan menghargai alam ciptaan Allah. Subhanallah.

Hanis Saheera meneruskan langkahnya menuju ke arah G4. Jalan agak lengang. Di sebelah kiri dan kanan kaki lima terdapat kedai yang bertaraf mewah. Bergemerlapan. Dihiasi dengan cahaya lampu yang cantik. Harga barangan di situ memang mahal. Berganda-ganda mahal daripada kedai-kedai di luar lapangan terbang. Standard lah kan.

“Ramainya orang Malaysia kat sini. Semasa check in tadi tak adalah ramai macam ni.”

Kebanyakan orang membawa beg Warisan Travel. Satu agensi yang membawa rakyat Malaysia menunaikan umrah dan melancong di luar negara. Wajah mereka kelihatan tenang sahaja. Mungkin berkat menunaikan umrah.

“Nak balik Malaysia ke?” soal seorang perempuan yang umur linkungan 50 tahun.

“Ya,” balas Hanis Saheera sopan.

“Ni dah habis exam lah?”

Haah, baru habis saja. Baru dapat balik Malaysia. Kalau tak habis lagi, duduk sini lagi lah. Mak cik baru balik daripada umrah ke?”

 “Ya. Ni anak dah tahun berapa? Mak Cik pun ada anak kat sini, tahun 5. Universiti Tanta. Anak ni universiti mana?”

“Owh.. Tahun 1, mak cik. Universiti Ain Shams.”

“Baru lagi rupanya. Mana kawan? Tak Nampak pun. Takkan balik sorang-sorang ni? Bahaya.”

“Balik sorang-sorang saja mak cik. Ingat tak mau balik tahun ni. Bila beli tiket last minute, jadi macam ni la jadinya.Tak ada kawan. Tapi mak cik jangan risau. Saya boleh jaga diri.”

Asyik bersembang, tiba juga giliran untuk scan handcarry untuk kali terakhir. Berpeluh juga menuggu giliran. Nasib baiklah mak cik itu sudi beramah mesra dengannya. Hanis Saheera membuang pandangan ke arah pintu masuk kabin. Pramugara sedang berdiri di situ. Tersenyum manis kepada para penumpang yang melangkah kaki ke dalam kabin. Mesra bagai menyambut tetamu datang ke rumah mereka.

Hanis Saheera menunjukkan boarding pass kepada pramugara itu. Beliau menunjukkan arah yang perlu dituju. Hanis Saheera berjalan perlahan sambil menarik handcarry. Muat-muat sahaja laluan itu untuk ia. Dia melintasi kabin yang memuatkan orang Malaysia. Ramainya. Dia mencari tempat duduknya.

“Jumpa pun. Macam mana nak angkat beg ni. Aku dahlah rendah.” Dia memalingkan muka untuk mencari pramugara atau pramugari. Ada. Tapi jauh juga untuk meminta pertolongan. Lantas matanya memandang tepat lelaki yang duduk di tempat duduk 41C itu. Lelaki itu membalas pandangan Hanis Saheera.

Excuse meCan you help me to put on my beg?” Dengan sopan santun Hanis Saheera meminta tolong. Nak minta pertolongan orang, mestilah berhemah dan memaniskan muka. Hal ini penting untuk mendapatkan tindak balas yang positif. Umpama nak buat eksperimenlah. Cara-cara yang betul dapat menghasilkan eksperimen yang berjaya. Kalau minta pertolongan orang dengan muka masam macam mempelam muda memang susahlah orang itu nak tolong kita. Ingat! Budi bahasa budaya kita.

Yesof course.” Tanpa melengahkan masa lelaki itu terus bangun untuk meletakkan beg galas Hanis Saheera.

Thank you for helping me.”

You’re welcomed.”

Selepas Hanis Saheera duduk di tempat duduknya, barulah lelaki itu duduk di sebelahnya. Hanis Saheera teruja melihat pemandangan di luar kapal terbang. Walaupun malam, tetap indah di matanya. Dapat tengok banyak lampu. Dia dapat duduk selaras dengan sayap kapal terbang. Semua perkara pasal kapal terbang membuatkannya lebih bertenaga. All is well when  seeing aeroplane. Feeling more excited!

Para penumpang sudah mengambil tempat masing-masing. Kapal terbang MS 960 bakal berlepas. Setiap orang mula fokus pada skrin di hadapan masing-masing. Doa naik kenderaan dan doa bermusafir dibaca. Moga perjalanan jauh ini diberkati oleh Allah. Skrin menayangkan nasihat-nasihat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika berlakunya kecemasan.

Keadaan menjadi senyap. Ada yang membuat persiapan untuk tidur. Sempurna sekali dengan memakai penutup mata dan berselimut. Semangat sungguh untuk tidur. Maklumlah sekarang sudah lewat malam. Ada juga antara mereka yang bermain game dan menonton cerita yang disediakan. Kebanyakan penumpang di kabin tersebut berkulit putih kemerah-merahan dan berambut perang.

Lelaki di sebelah Hanis Saheera pun berkulit putih tetapi berambut hitam. Perwatakannya nampak macam garang dan bengis. Lelaki itu memakai subang silver di kedua-dua belah telinganya. Kelihatan seperti seorang gangster. Seram. Perasaan untuk berwaspada wujud dalam hatinya. Hanis Saheera hanya memandang lelaki itu dengan ekor mata. Lelaki itu sibuk mencari kedudukan yang sesuai untuk tidur. Kejap beralih ke kiri, kejap beralih ke kanan.

Hanis Saheera langsung tak ambil kisah pasal lelaki itu. Kini fokusnya hanya tertumpu pada cerita kartun Happy Feet. Kartun penguin yang sangat comel. Saat bergembira menonton cerita, Hanis Saheera terasa bahu kanannya disentuh seseorang. Lantas dia memalingkan muka ke arah kanan. Lelaki itu yang menyentuh bahunya.

Hmmm?”

Can you change  your seat with mine? I can’t sleep. I need something to lean on. It’s better for me to sit beside the window. Can you?”

“Yes.” Mukanya sedikit kelat.

Mahu sahaja Hanis Saheera tolak permintaan lelaki itu. Memandangkan dia belum mahu tidur, terpaksa dia turutkan juga. Bukan senang dapat tempat duduk di sebelah tingkap. Mahu tak mahu Hanis Saheera tukar juga tempat duduknya dengan lelaki itu. Sekali-sekala senangkan hati orang lain. Tak salah kan? Ada hikmah juga. Senang untuk dia ke tandas.

“I’m sorry for disturbing you. Okay, you can continue watching the cute penguin. It’s very nice cartoon movie.”

“Not a big problem. Okay. Have a nice sleep. Good night.”

Lelaki itu memandang Hanis Saheera. Dia senyum. Manis juga walaupun mukanya agak bengis.

“Senyum pula mamat ni. Tak kuasa aku. Spoil betul,” getus hatinya.

Hanis Saheera memang tidak ada mood untuk membalas senyuman lelaki itu apabila angin kuasa dua melanda dirinya. Susahlah jawabnya. Saat ini memang syaitan bertepuk tanganlah sebab berjaya meningkatkan kemarahan Hanis Saheera. Malaikat setia menulis amalan baik dan amalan jahat tuannya. Begitulah rutin kehidupan seorang insan di muka bumi Allah. Astagfirullah. Itulah ungkapan zikir yang perlu diucapkan apabila sedar daripada kesilapan. Ketahuilah bahawa zikir dapat menenangkan manusia yang selalu gelisah dan keluh kesah.

“Astaghfirullah. Tak baiknya aku,”  kesal hatinya.

Lantas dihadiahkan juga senyuman kepada lelaki itu. Setelah melihat reaksi positif daripada Hanis Saheera barulah lelaki itu mula menunjukkan sikap untuk beramah mesra. Hanis Saheera menekan butang PAUSE pada skrinnya untuk memberi perhatian pada apa yang lelaki itu ingin sampai kan.

“What’s your name, young girl?”

“My name is Hanis. You?”

“Just call me Eric. Where you come from? I’m from France.”

“I’m from Malaysia. What are you doing here? Study or work?”

“Both are wrong. I’m here for travelling.”

“Owh I see. So you are going to my country, Malaysia?”

“No, I will go to Bangkok. Malaysia is very nice country, right?”

Eric puji Malaysia. Hanis Saheera senang hati. Negaraku. Sudah lama dia tidak dendangkan lagu kebangsaan itu sejak dia tamat sesi persekolahan. Rindu.

“Yes for sure. You should came to Malaysia. You will have memorable trip there.”

“Hopefully. May be next time I will travel there. I feel so sleepy today. So, I want to take a rest.”


“Owh. Okay. I feel no wonder you feel more sleepy today because now the clock show that the time is almost 1 a.m.”

Perbualan Hanis Saheera dan Eric tamat pada waktu itu sahaja. Eric pun kelihatan sangat mengantuk. Hanis Saheera tidak mahu menganggu Eric. Dia kembali menonton cerita. Penguin yang sangat lain daripada yang lain. Perbezaannya dengan rakan-rakan penguin yang lain membuatkan ia menjadi istimewa. Siap boleh cipta rentak muzik sendiri. Terlalu comel. Asyik sungguh dengan cerita kartun.

MASA untuk makan. Eric pun sudah bangun daripada tidurnya.

Miss, chicken or beef?” Tanya pramugari itu.

Chicken.” Jawab Hanis Saheera.

You?”

I want chicken too.” Kata Eric kepada pramugari tersebut.

Okay. Enjoy your meals.

Thank you.

You’re welcomed.

Pramugari itu mengangguk kepalanya dan berlalu ke penumpang lain pula. Hanis Saheera terus menikmati makanannya. Sedap. Ada bau kapal terbang lagi. “Chicken or beef?” Macam dah jadi trademark. Mereka melayan karenah para penumpang dengan penuh kesabaran. Kepuasan pelanggan memang keutamaan mereka. Customer is our priority. Hanis Saheera memang tak layak untuk menjadi pramugari. Out of the list. Bila ada masalah sahaja, muncullah angin kuasa duanya.

Tiba-tiba dia teringat kata-kata Kapten Fairuz, bukan mudah untuk jadi seorang anak kapal seperti pramugari. Ternyata memang susah. Ketabahan dan kecekalan sangat diperlukan. Kapten Fairuz merupakan salah seorang daripada panel yang hadir dalam program pengenalan sistem penerbangan. Program yang dianjurkan kepada para pelajar lepasan SPM oleh MADA. Bukan setakat juruterbang, pramugari, pramugara dan jurutera pun turut serta dalam program tersebut. Imbas kembali zaman persekolahan. Sempat lagi Hanis Saheera berangan.

DIA terjaga daripada mimpi indahnya gara-gara pengumuman yang diumumkan oleh juruterbang. Maklumat yang disampaikan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lagi satu minit nak habis waktu bersahur baru juruterbang nak maklumkan kepada penumpang. Terasa nak meletup pun ada. Memang tidak sempat untuk minum air sekalipun. Hanis Saheera berkira-kira untuk puasa atau tidak puasa. Suasana memang agak gelap. Kebanyakan lampu dipadam. Eric di sebelahnya pun masih tidur nyenyak.
     
   “Puasalah. Kalau tak larat nanti aku buka puasa.” kata hatinya. Sebenarnya dia pun tidak yakin sama ada mampu berpuasa atau tidak. Boleh sahaja jika dia tidak mahu berpuasa kerana adanya rukhsah atau keringanan bagi orang yang bermusafir.
    
      Hanis Saheera terus ke tandas untuk berwuduk supaya dia dapat menunaikan solat fardu Subuh. Solat itu tiang agama.Orang yang menunaikan solat ialah orang yang mendirikan agamanya. Begitu jugalah sebaliknya. Jadi, laksanakan solat supaya tidak tergolong dalam kalangan orang yang meruntuhkan agamanya.

Usai melakukan kewajipannya, Hanis Saheera meneruskan rutinnya untuk menonton movie. Mujurlah terdapat pelbagai movie yang disediakan. Kalau tidak rasa bosan akan menyelubungi dirinya. Tekak terasa sangat kering. Dahaganya. Tekad untuk berbuka puasa. Butang ditekan untuk meminta air.

“Yes, What do you want?” soal pramugara itu.

“Water.” Sepatah kata sahaja yang mampu dituturkan.

Wajah pramugara kehairanan. “Are you fasting?”

“No.”

“Okay. I will take it for you.”

Beberapa minit kemudian datanglah pramugara itu dengan membawa air. Hanis Saheera mengambil cawan yang dihulurkan dan mengucapkan terima kasih. Segar terasa apabila air melalui oesophagus. Nyaman. Sekali tegak sahaja, air sudah habis diminum. Butang ditekan untuk kali kedua.

Kali ini pramugara itu datang siap bawa dua gelas air lagi. Macam sudah maklum Hanis Saheera akan minta air lagi. Dia hanya tersengih melihat pramugara itu. Terdetik juga rasa malu di hatinya. Selalunya pramugara kacak. Tetapi pramugara yang seorang ini tidaklah kacak tetapi kemas. Siap berkepala botak lagi. Tak sangka! Mungkin setiap airlines mempunyai kriteria yang tersendiri. Ialah sering kali dia berfikir semua pramugara kacak.

“Sedapnya air. Terasa nikmatnya. Ingat, nanti kena ganti puasa.”

Hanis Saheera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menyimpan dalam reminder agar dia tidak lupa untuk menggantikan puasanya. Pandangan dihalakan ke skrin besar di hadapan kabin. Melihat data yang dipaparkan di situ. Lagi 10 jam tempoh masa penerbangan sebelum sampai ke destinasi. Berpuluh ribu kilometer yang tercatat di situ. Cuaca pun bagus. Hal ini melancarkan lagi penerbangan yang memakan masa 12 jam.

ERIC terlalu asyik membaca buku berjudul Bangkok. Buku yang bersaiz kecil dan mempunyai ketebalan minimum 100 muka surat. Dia membaca buku tersebut untuk mendapat gambaran awal tentang Bangkok. Rajinnya. Puji Hanis Saheera.
      
    “Aku yang belajar dekat Mesir pun tak pernah baca buku pasal Mesir,” getus hati Hanis Saheera.

Kapal terbang mendarat di lapangan terbang di Bangkok. Hujan renyai-renyai membasahi runaway kapal terbang. Damainya hati dapat melihat sawah padi yang terbentang luas. Hijau saujana memandang. Benarlah bahawa warna-warna alam dapat menyejukkan dan menenangkan hati. Menghayati keindahan alam merupakan salah satu ubat atau penawar bagi penyakit stress. Tenang sahaja. Lamunan Hanis Saheera terhenti sekejap. Dia mengalihkan pandangan kepada Eric yang bersiap sedia untuk turun dari kapal terbang. Mereka berjalan seiring hingga ke pintu keluar.

“Have a wonderful holiday here.”

“Thank you. Hope you will arrive Malaysia safely. Bye.”

“Bye. Take care.” Melambaikan tangan kepada Eric.          

  Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pertemuan Hanis Saheera dan Eric tamat pada detik itu. Jika ada rezeki, bolehlah berjumpa kembali. Transit di Bangkok selama sejam. Dia memanfaatkan masa yang diperuntukkan dengan sebaiknya untuk membersihkan dan menyegarkan diri. 

02 April 2015

Orientasi Hati 1


SERONOKNYA! Esok Hanis Saheera akan pulang ke tanah air tercinta. Dia memandang ke sekeliling bilik yang bakal ditinggalkan. Segalanya tersusun kemas seperti awal-awal dia mula masuk ke Asrama Darul Aman 3. Jadual dan nota telah pun ditanggalkan dari dinding. Bagasi berjenama Polo yang sudah siap dikemas disandarkan pada dinding di penjuru biliknya. Bukan satu bagasi, tapi dua. Banyak juga barang yang bakal dia bawa pulang ke Malaysia. Ada jubah, stokin dan tudung mesir yang dipesan oleh jiran-jirannya. Tak sampai hati pula hendak menghampakan permintaan mereka. Hanis Saheera cuba tunaikan setakat yang dia mampu. Dia berharap sangat mereka akan suka dan berpuas hati dengan hasil pembeliannya.

Sepuluh bulan dia berada di bumi bersejarah dengan kisah para anbia dan aulia Allah. Pasti rindu akan menapak di hati nanti. Bumi yang mengajarnya erti kesusahan dan pengorbanan hidup. Mutiara ilmu yang dipelajari di sini cuba dipupuk dalam lubuk hati agar ia kekal dan dapat diamalkan seterusnya disampaikan kepada orang lain. Ilmu perlu ada di dalam dada, bukan di dalam buku sahaja. Seperti kata para bijaksana, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok tanpa buah. Jenaka ustaz sewaktu di sekolah dahulu pula berbunyi seperti ini, ilmu jika tidak diamalkan ibarat kereta tanpa stereng. Betul kan? Mustahil untuk seseorang itu memandu tanpa stereng. Tak kiralah kereta manual atau automatik. Mesti kena guna stereng kan? Pelbagai kiasan yang disampaikan supaya pelajar faham akan kepentingan untuk mengamalkan sesuatu ilmu yang dipelajari.

Sayang seribu kali sayang, para pelajar termasuk dirinya selalu memandang enteng dengan apa yang diajarkan oleh para guru. Ilmu bukan sahaja untuk lulus peperiksaan tetapi sebagai panduan dalam hidup. Perjalanan hidup bukanlah satu laluan yang lurus tetapi berliku-liku serta lengkap bersama selekoh-selekoh tajam. Ilmu sangat diperlukan untuk melalui jalan-jalan ini. Hanis Saheera sedar akan hakikat itu. Ilmu dan amal! Dua elemen yang selalu dia pesan pada dirinya. Kedua-duanya perlu bergerak seiring. Cukuplah sekali, dia pernah kecundang gara-gara sikap egoisnya. Tidak mahu mengulangi detik dahulu.

“Hai, termenung jauh Hanis! Sehari saja lagi. Tak sabar nak balik Malaysia ke?” soal Fatimah Azzahra sambil tangannya diletakkan di atas bahu Hanis Saheera. Mendekatkan jarak kedudukan mereka. Terasa ukhwah itu mengalir dari tangan Fatimah Azzahra ke bahu Hanis Saheera. Begitu erat talian persahabatan antara mereka berdua. Mereka mula berkenalan dalam Majlis Suai Kenal yang dianjurkan oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru. Perbezaan bidang pengajian tidak menjadi penghalang buat mereka. Tak semestinya pelajar perubatan perlu berkawan dengan pelajar perubatan sahaja dan tak semestinya juga pelajar pengajian islam hanya berkawan dengan pelajar pengajian islam. Hidup ini bervariasi bukan? Kenapa perlu disempitkan?

“Pandai kau teka. Memang aku sedang termenung pun. Layan perasaan. Tiba-tiba saja teringat kembali kenangan indah di sini. Tak sangka aku dapat jejakkan kaki di bumi barakah ini. Tak pernah aku termimpi untuk datang ke sini. Kita tak tahu ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah aku dapat berada di sini. Dapat menghirup udara segar di bumi yang berdebu ini. Bila debu-debu itu disapu maka bercahayalah mutiara-mutiara ilmu yang tersembunyi disebalik debu-debu. Tak semua orang dapat nikmat macam kita kan?” balas Hanis Saheera. Menarik nafas panjang.

“Betul tu. Kita patut bersyukur. Bukan senang nak dapat peluang belajar dekat sini. Gaya kau cakap macam inilah kali terakhir kau duduk kat sini. Padahal baru tahun satu dekat sini. Hanis, bila dah sampai Malaysia nanti, contactlah aku sama. Jangan lupa sahabat serumah, sebilik, sekatil, sebantal, se apa lagi eh? Yang penting sehati sejiwa,” ujar Fatimah Azzahra. Dia lebih tua setahun daripada Hanis Saheera. Selalunya pelajar pengajian islam akan datang ke Mesir selepas tamat Sijil Tinggi Agama Malysia.

“Ya, Fatimahku sayang. Aku ajak kau balik, kau tak nak. Kau pun sama. Jaga diri kat sini. Jangan nakal-nakal. Keluar malam jangan lupa guna musyrif. Tahu sangat perangai kau yang tak suka guna musyrif ni. Report dekat Unit Hisbah baru kau tahu,” pesan Hanis Saheera. Faham benar perangai Fatimah Azzahra. Kenakalan dan sikap selamba merupakan faktor awal yang mengikat mereka sehingga menjadi serasi. Bukan selalu tak guna khidmat musyrif ini. Kadang-kadang sahaja.

Eleh. Macamlah kau selalu guna musyrif. Kau dengan aku dua kali lima saja kan. Aah. Aku dengar nasihat kau ni. Kau janganlah marah sebab aku tak mahu ikut kau balik. Aku dah janji dengan abah aku, tahun ni aku tak nak balik. Tahun depan kita balik sama-sama, okey?” Hatinya juga merayu untuk pulang ke Malaysia. Bukan tak teringin untuk pulang. Tapi apakan daya, ada keperluan lain yang memerlukan tanggungjawabnya.

“Yalah. Kesian kawan kau ni, kena naik kapal terbang seorang diri. Tak ada siapa nak teman. Sedih tau.” Hanis Saheera cuba menarik perhatian Fatimah Azzahra dengan menuturkan kata-kata dalam nada yang sedih. Riak mukanya juga kelihatan sedih. Dia pesan juga kepada Fatimah Azzahra agar tidur di syaqah lain. Selepas kepulangan Hanis Saheera nanti, dia akan tinggal seorang diri di rumah mereka. Sunyi pula nanti.

“Tak payah nak sedih-sedih. Bukan kau seorang saja yang naik kapal terbang tu. Beratus-ratus orang lagi ada. Mesti ada orang melayu juga dalam kalangan manusia yang ramai tu. Itulah lain kali jangan beli tiket pada saat akhir. Ambil iktibar. Hehe. Hanis, sahur untuk pagi esok kau masak tau. Jangan lupa pula. Hari terakhir orang tu akan masak untuk ahli bait yang tersayang. Tak sabar aku nak makan. Masak sedap-sedap yasayang.”

Alaa… Aku masak biasa-biasa saja. Jangan berharap Hanis Saheera yang tak pandai masak ni untuk masak sedap-sedap. Kau ni takkan tak kenal aku. Goreng-goreng saja. Masuk pertandingan masak pun tak layak,” ujar Hanis Saheera. Memang dia jahil dalam bab memasak ini. Bab makan serahkan pada dirinya.

“Tak kisahlah, yang penting ada makanan untuk sahur nanti. Okeylah aku nak tidur dulu. Kau macam biasakan? Burung hantu lagi malam ni? Maafkan aku kalau ada salah dan silap secara sengaja atau tidak sengaja. Assalamualaikum. Selamat malam sayang. Good Night.

Sudah menjadi tabiat mereka untuk meminta maaf sebelum melelapkan mata. Begitulah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada seluruh umat. Sebelum tidur seseorang itu perlu memaafkan orang lain dan meminta keampunan semua orang agar dapat tidur dalam keadaan tenang.  

“Waalaikumussalam… Iya. Dah pergi tidur. Pukul 2 pagi nanti aku kejutkan kau. Andai tak ada burung hantu ni, tak bersahurlah kau setiap hari. Aku padamkan lampu bahagian kau ya.” Hanis Saheera berlalu untuk memadam lampu bilik.

Di Mesir, waktu Subuh jatuh pada pukul 3.15 pagi untuk musim panas inilah. Maklumlah siang panjang dari malam. Kira puasa pada musim panas ni agak letihlah. Puasa lebih dari 12 jam. Namun, ini bukan penghalang kepada para pecinta Ilahi untuk beribadat dan meningkatkan amalan. Boleh perbanyakkan bacaan al-Quran pada waktu siang. Pada malam hari, manfaatkan masa untuk berehat dan tidur. Tidak perlu diisi dengan perbuatan yang sia-sia.

Kalau musim sejuk, malamnya panjang pula. Puas untuk tidur. Tabiat baru akan muncul iaitu sikap suka makan pada waktu malam. Perkara macam ini bergantung kepada individu itu sendiri. Jika tidak berwaspada, bertambahlah berat badan. Apa-apa pun ini semua kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Alhamdulillah.

Hanis Saheera bermalas-malasan di atas katil bujangnya sambil menunggu jarum jam menunjukkan pukul 1 pagi. Sekejap lagi dia akan mula memasak. Bercadang untuk masak sotong sumbat tepung, kangkung goreng kicap dan sos. Sekali-sekala dapat makan sotong sebab sotong sangat mahal di sini. Memang dia sangat malas untuk masak masakan yang susah. Dia mengutamakan makanan yang ringkas dan senang dimasak. Lagipun semasa di rumah, dia memang tak pernah masak. Semua kerja rumah diuruskan oleh abahnya dan along. Pasti mereka gembira dengan perkembangan positif Hanis Saheera yang manja ini. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Demikianlah juga kemahiran memasak yang ada pada dia. Lama-kelamaan dengan latihan yang cukup, pasti dia akan mahir juga. Yang penting ada rasa ingin mencuba di dalam jiwa.

Anak manja. Memang dia terlalu dimanjakan oleh abah dan along sejak kematian ibu, Puan Karimah semasa dia di tingkatan tiga. Sudah lima tahun ibu meninggalkan dia. Rindu sememangnya rindu. Ibu meninggal dunia kerana sakit barah payu dara. Hebat dugaan yang ibu hadapi. Namun, ibu tetap tabah dan tidak pernah merungut dengan ujian Ilahi. Sentiasa senyum dan tenang. Mulut sentiasa berkumat-kumit berzikir untuk menghilangkan penderitaan yang dialami.


Hanis Saheera bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang. Dia selalu mendoakan agar ibu berada bersama orang-orang yang soleh di sana. Dia tahu doa anak-anak yang soleh tidak akan terhijab seperti mafhum hadis : Bila seseorang itu sudah meninggal nanti, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Moga Allah memakbulkan setiap doa yang dititipkan untuk ibu dan seluruh umat Islam di dunia ini. Amin. 


PUKUL satu pagi. Sibuk sungguh Hanis Saheera di dapur. Hari terakhir dia menjalankan tugas memasak untuk ahli bait ini. Lepas ini, tak perlu memasak lagi. Ceria! Hati gembira tidak terkata. Balik Malaysia tidak perlu risau akan hal kerja dapur ini. Encik Kamal dan along, Muhd Khairul kan ada. Hanis Saheera hanya goyang kaki di rumah. Hal inilah yang menyebabkan pertambahan kolesterol di dalam badan.

Sayur kangkung goreng kicap, sos buatan sendiri dan sotong sumbat tepung sudah siap dimasak. Semua masakan diletakkan di atas meja di ruang makan. Hanis Saheera melihat jam di telefon bimbit Sony Ericsonnya. Pukul 2.30 pagi. Dahinya berkerut. Buruk betul mukanya ketika itu.

Argh, terlupa kejut Fatimah! Mampus aku. Kena berleter nanti. Macam mana aku boleh lupa ni?” jerit Hanis Saheera. Dengan pantas dia bergegas ke bilik. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik. Terkejut. Fatimah Azzahra sedang bersolat. Hanis Saheera mengusap dadanya perlahan-lahan. Fuh. Lega sangat. Selamatlah dia daripada dimarahi oleh Fatimah Azzahra.

“Ingat tak bangun lagi. Lega tak kena marah dengan Fatimah. Eh, aku tak masak nasi lagi ni. Pukul berapa dah ni? Sempat ke?” Hanis Saheera menyoal diri sendiri. Terus ke dapur. Ketar lutut sudah. Hanis Saheera takut dia tidak sempat masak nasi. Sudah la kena masak nasi secara manual. Maklumlah rice cooker rosak. Tak mampu nak beli untuk kali kedua. Basuh beras 7 kali berserta selawat pendek. Cepat-cepat dia hidupkan api dan letakkan periuk berisi beras di atas dapur gas. Memang pasrah sahaja.

“Sempat ke? Sempat kut. 15 minit saja.” Dalam hati dia hanya berdoa agar nasi cepat masak. Takut juga kalau gas habis pula di saat genting macam ini. 20 minit sudah berlalu. Nasi masih lembik dan sedikit berair. Resah mengundang di hati. Fatimah Azzahra menjenguk Hanis Saheera di dapur. Lama benar dekat dapur.

Oit, dah siap masak ke?” soal Fatimah Azzahra yang masuk ke dapur untuk mengambil air kotak perisa coklat dari peti sejuk.
    
    “Lauk dengan sayur dah siap. Nasi saja yang belum siap lagi. Tengokkan kejap. Macam lembik ja ni. Rasa macam terlebih airlah,” adu Hanis Saheera kepada Fatimah Azzahra. Dia mengambil senduk daripada Hanis Saheera.
    
    “Lembik sikit ni. Tapi okey saja. Dah boleh tutup api sebab dah masak,” ujar Fatimah Azzahra sambil menutup api nasi.
   
   “Sorry tau. Kesian kau kena makan nasi lembik,” bicara Hanis Saheera perlahan.
       
     “Okey. Tak kisah pun. Asal ada makanan. Jom makan. Aku lapar ni.”

Hanis Saheera mengambil dua biji pinggan dan menyenduk nasi untuk dibawa ke ruang makan.
    
    “Aku minta maaf untuk dua kesalahan. Pertama, tak kejut kau pukul dua tadi. Kedua, masak nasi lembik. Sebagai denda aku baca doa makan ya,” ujar Hanis Saheera dengan mempamerkan riak muka bersalah. Dia akui kesalahannya.
   
  “Iyalah. Baca cepat.” Fatimah Azzahra hanya menggelengkan kepala. Hanis Saheera buat teruk boleh. Kecil sahaja kesalahan. Nasi lembik pun tidak mengapa, asalkan boleh diterima oleh perut.

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.”

“Amin.”

Kedua-dua anak gadis mengaminkan doa makan tersebut. Makan dengan berselera. Menikmati makanan orang bujang. Hari terakhir bersahur di Mesir. Sungguh indah dengan diiringi zikir munajat yang dimainkan di telefon bimbit.  Mungkinkah ramadhan ini yang terakhir buat kita? Kejarlah sepuluh malam terakhir ini. Manfaatkan dengan amalan yang baik seperti bersolat malam, berzikir, membaca Al-Quran dan bersedekah. Jika tak mampu melakukan semua amalan, cukuplah sekadar yang mampu dilakukan. Kualiti yang dicari bukan kuantiti.