Bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan,
Singgah sebentar di rumah Che Gu,
Jika jimat cermat dijadikan amalan,
Hidup
tenang tiada terganggu.
Bagai Si Mawar menunggu Sang Lebah,
Lebah ditunggu
tak kunjung tiba,
Untuk berukhwah dalam mahabbah,
Lapangkan
dada jauhi hiba.
Wajah berseri dengan senyuman,
Tanpa
dicemari sebarang solekan,
Saat bersua hadiahkan senyuman,
Ucapan salam jangan dilupakan.
Melihat bintang seribu kali pernah,
Menggapai ia hanya impian hati,
Jujur, amanah, tabligh dan fatonah,
Inilah sifat yang perlu dihayati.
Hari Rabu Pak Abu ke pekan,
Seronok berbelanja
membeli buah,
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Tanah, udara, air dan lautan,
Allah kurnia pelbagai
kegunaan,
Mesti dihayati penuh kenikmatan,
Moga dilimpahi pelbagai
kurniaan.
Anak tenggiling masuk belukar,
Bertemu dengan anak
raksasa,
Cintailah akan alam sekitar,
Kelak hidup tidak akan
terseksa.
Hebat kasih seorang ibu tua,
Umpama sesuci lautan
rindu,
Saat rindu tak dapat bersua,
Hanya doa pengubat rindu.
Terbang riang aneka rama-rama,
Indah menghiasi Taman Pelikan,
Nahi mungkar tanggungjawab
bersama,
Amar makruf wajib dilaksanakan.
Ikan haruan ikan keli,
Berenang-renang di dalam
sawah,
Jika niat di hati ingin membeli,
Berfikir sejenak agar
tidak bermewah.
Air mengalir dari Sungai Raga,
Membawa arus ke Sungai Bersatu,
Masa ibarat emas yang berharga,
Manfaatkanlah setiap detik waktu.
Pantai Merdeka destinasi berkelah,
Tempat untuk tenangkan hati,
Kalau ada silap dan salah,
Mohon maaf seikhlas hati.
No comments:
Post a Comment