Jika asal benih yang baik
tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata,
terawangan di angkasa menjadi kejora. Ungkapan keramat tersebut dapat
direalisasikan sekiranya guru Bahasa Malaysia memainkan peranannya dalam
menerapkan unsur KOMSAS kepada pelajar. Umum menngetahui bahawa pengajaran dan
pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 1 hingg 5 bermula
pada tahun 2000. Para pendidik perlu memastikan bahawa teks-teks komsas yang
ditetapkan bagi setiap tingkatan dapat dikuasai oleh setiap orang murid. Mereka
perlu menguasai komsas kerana ilmu itu pelita hidup. Komsas ialah akronim bagi
perkataan-perkataan komponen sastera komponen yang diperoleh jika murid-murid
menguasai teks-teks komsas. Ironisnya, apakah kepentingan unsur KOMSAS kepada
pelajar?
Kepentingan signifikan
termasuklah melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Hal ini demikian
melahirkan insan yang berguna. Unsur KOMSAS pemangkin pembinaan sahsiah dan
memperkembang potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Secara
relatifnya, unsur-unsur sastera memainkan peranan yang tinggi dalam membentuk
budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab dan berkeupayaan bagi
mencapai kesejahteraan dan citra diri. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Dengan itu, para pelajar harus menjadi modal insan yang berguna agar slogan
tersebut dapat direalisasikan. Jelaslah bahawa, unsur KOMSAS memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Seperkara lagi, murid-murid
berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang mulia.
Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana murid-murid lebih memahami maksud
karya yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan. Individu yang
membaca teks-teks komsas akan berasa seronok dengan karya tersebut. Kesukaan
dan kecintaan yang mendalam terhadap kesusasteraan melayu menjadi punya utama
baginya untuk membaca karya kesusateraan Melayu lain seterusnya. Sebagai
qudwah, pelajar dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara
kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu,
lebih-lebih lagi apabila bentuk, isu dan mesejnya yang berkaitan dengan perihal
masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Persis kata mutiara, bagaimana kuih begitulah
acuannya. Sesungguhnya, unsur KOMSAS dapat membina nilai-nilai murni terhadap
diri pelajar.
Sementelahan, kepentingannya
termasuklah memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi. Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini demikian, KOMSAS merupakan wadah
fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan
murid-murid sedar akan perasan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang
lain. KOMSAS memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan
yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Sudah terang
lagikan bersuluh, unsur KOMSAS berupaya untuk membentuk diri agar menghormati
orang lain, membina sahsiah yang elok dan bersikap toleransi malah mewujudkan
jati diri murid serta berlimu pengetahuan. Fenomena ini akan dapat dicapai
sekiranya semua murid mendalami teks-teks KOMSAS memupuk perkembangan daya
cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan.
Bukan itu sahaja, melalui
pembacaan teks-teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat
meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat menyuburkan emosi,
membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan dan
estetik. Bahan-bahan yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati
nilai-nilai murni. Berdasarkan kajian yang dibuat, ternyata unsur KOMSAS dapat
membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan
perasaan muid-murid. Benarlah kata peribahasa, membaca jambatan ilmu. Dengan
membaca teks-teks sastera, murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan
mereka. Memang tidak dapat dinfikan
lagi, kesusasteraan Bahasa Melayu bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Negara
untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kepentingan terakhir yang
ditelusuri termasuklah mampu menggilap potensi diri murid. Mengapakah dikatakan
begitu? Seseorang murid yang menghayati watak dan perwatakan dalam sesebuah
karya yang dibacanya dapat berkembang emosinya. Pembaca yang menjiwai seseuatu
karya akan turut beremosi dan bersimpti terhadap watak. Sebagai tamsil, unsur
sastera diterapkan melalui teknik-teknik yang digunakan oleh guru seperti
teknik penggunaan deria, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan waima
secara spontan atau berskrip, pentomin, boneka dan kuiz. Bertepatanlah dengan
kata mutiara, ada kemeyan sebesar lutut tidak dibakar tidak akan berbau. Oleh
itu, guru perlu menerapkan unsur sastera dalam diri pelajar supaya bakat yang
terpendam dapat dicungkil dan dikomersialkan.
Secara holistiknya, unsur KOMSAS
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya
berpendapat, unsur sastera mampu melahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam
bahasa dan menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Sememangnya, unsur KOMSAS perlu dijadikan sebagai wahana ilmu, fikiran
dan perasaan bagi pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini bertepatan dengan Dasar
Pendidikan kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Sesungguhnya,
pendidikan sastera merupakan modal insan yang cemerlang. Ingatlah, hanya
jauhari yang mengenal manikam!
7 comments:
kenapa tak bagi copy :'(
nice info...banyak membantu..thnkz
Man kau
niceeyu
Terbaik punya info😆
bestnyaaaaaaaa
tenkiu
Post a Comment