20 December 2016

Terima Kasih Encik M

Assalamuaikum.

Hari ni belajar auscultation heart. 
Cik AL sangat blurr.
Susahnya cardiology ni😥

Kesian dengan pesakit, Encik M.
Sabar saja beliau dengan kitorang yang nak dengar heart sounds. 
Nak rasa water hammer pulse lah.
Nak tengok nail clubbing lah.
Nak ukur neck vein lah.

Lama kut beliau dekat kelas tadi.
Lecturer dah keluar pun beliau masih okey nak bagi kitorang examine.
Terharu!
 Bukan senang nak dapat pesakit macam ni.
Inilah antara pesakit yang bagi komitmen sepenuhnya.
Walaupun batuk dan sakit beliau masih tahan dengan kitorang yang nak belajar ni.

Terima kasih Encik M.
Semoga Allah permudahkan urusan beliau.
Insha-Allah sakit itu penghapus dosa.
Ameen.

Okey.
Itu je nak cerita.


25 April 2016

[25 April - Tahrir Saina' (Hari Pembebasan Sinai)]


Tahukah anda mengapa Mesir mengisytiharkan cuti setiap kali tiba 25 April?

25 April adalah Hari Pembebasan Sinai atau lebih dikenali sebagai Tahrir Saina' iaitu hari pembebasan semenanjung Sinai daripada Israel.

Semenanjung Sinai pernah ditawan oleh Israel pada 1967 akibat kekalahan kerajaan Mesir kepada mereka.

Dibawah pimpinan Anwar Sadat, pada tanggal 25 April 1982, Mesir telah berjaya merampas semula Semenanjung Sinai dari genggaman Israel.

Mari meluangkan sedikit masa membaca info tentang hari bersejarah ini.


Sumber:MKKK